Pedihnya hati ini apabila....

|

Aku pernah berada di dalam situasi di mana ada insan lain diantara aku dan kekasih hati. Waktu itu sakitnya seperti tersiat-siat hati ini. Dan aku mengalaminya sebanyak dua kali! Kali pertama aku masih mampu untuk bertahan. Dan kali kedua , apabila diperlakukan begitu, aku sangat sakit!!! sangat-sangat okey!!! Dan ianya mengambil masa yang lama juga untuk aku kembali percaya dan menerima kembali rasa cinta seorang lelaki.

Dan saat ini Alhamdulillah. Aku dapat menerima cinta seorang lelaki bergelar suami. Semoga Allah melindungi hubungan kami suami isteri. Dan semoga Allah tetapkan hati kami berdua kekal berkasih sayang hingga hujung nyawa.

Dan dalam aku meniti hari-hari gembira bersama suami, hati aku turut menangis senyap tatkala aku TERPAKSA mendiamkan diri apabila sahabatku sendiri mempunyai hubungan dengan suami orang. Sungguh aku menangis kerana kali ini tidak mungkin aku dapat menerima tindakannya dengan ikhlas hati. Kerana tidak mungkin aku akan memberikannya sokongan padu kepadanya. Tapi apakan daya...kerana benarlah yang CINTA ITU BUTA!!!!

siapalah aku untuk menghalang pilihan yang dipilih. Hidup dia atas pilihan dia sendiri. Dan aku tidak mahu dipersalahkan kelak kerana menghalangnya. Apa yang penting dia tahu aku tidak pernah bersetuju dengan tindakannya yang satu ini. DONE!!