Biarkan...aku rela melepaskan...

|

Aduh....kenapa tiba-tiba hari ini aku menjadi terlalu emosional apabila membaca satu komen di facebook. Tiba-tiba aku sebak. Tiba-tiba aku pilu. Terasa nak menitis air mata. Segera ku kawal agar mutiara jernih itu tidak jatuh di hadapan Zihah. Tapi sesungguhnya hati aku sedang menangis dan tidak dapat kubendung lagi, maka aku biarkannya mengalir tatkala aku mengadap yang Esa.
Sungguh aku sebak, tatkala namanya tersebut dek hati. Dan sungguh tak terdaya bagiku untuk menahan hati ini daripada menyebut namanya.
Ya Allah...kenapa hanya nama itu yang tersebut dek hati...dek mulut.....
Ya Allah...sedarkan aku dia bukan milikku
Ya Allah...yakinkan aku dia bukan milikku

Di saat aku mencintaimu

|

Mengapa kau pergi...mengapa kau pergi disaat aku mula mencintaimu. Berharap engkau jadi kekasih hatiku.Malah kau pergi jauh dari hidupku.Menyendiri lagi...menyendiri lagi disaat kau tinggalkan diriku pergi. Tak pernah ada yang menghiasi hariku, di saat aku terbangun dari tidurku..... Aku....inginkan dirimu datang....dan temui aku, kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu. Aku inginkan dirimu datang dan temui aku, kan kukatakan padamu aku sangat mencinta.

Rindu yang amat

|

Aku teringat saat dia ada. Dan aku amat merinduinya tanpa sesiapa pun tahu yang aku sedang merindui dirinya. Kerana tiada sesiapa tahu siapakah dia yang aku rindui. Tiada seorang hamba Allah pun tahu. Hanya aku sahaja memendam rindu dalam hati. Tapi jika dia 'listen' aku pasti dia boleh 'hear' suara rindu aku kepadanya. Aku rindu kamu. Aku sayang padamu.

Hati yang rebah

|

Kecewanya hati tatkala orang yang aku sayang mencurigai aku. Kecewanya aku rasa tatkala orang yang aku kasih mengelak bercakap denganku. Akukah yang bersalah atas perkara itu? Besar sangatkah kesalahan itu sehingga aku mahu dipulaukan sebegitu sekali?Setelah segala apa yang telah aku lakukan untuk kau dan keluargamu, dan hanya kerana satu 'kesilapan' itu, aku ingin dipinggirkan? Huh.....terima kasih sayang, terima kasih kerana mencurigai saudaramu ini. Bukan ingin mengungkit.....tapi aku amat kecewa jika itulah keputusanmu yang muktamad.

Kecewa kerana kau tidak datang sendiri berdepan dan bertanya kepadaku perkara yang sebenarnya. Adilkah itu...adilkah kau mengadili aku tanpa mendengar dipihakku. Ya ....aku sedar, aku cuma saudaramu yang menumpang kasih dibawah naungan keluarga kandungmu. Kini....aku benar-benar terasa jiwa. Tindakanmu menyedarkan aku, kita sebenarnya dari benih suci yang berbeza induknya. Tindakanmu menyedarkan aku, kita sebenarnya orang lain. Walaupun aku juga tahu jauh disudut hati kita, kita sebenarnya saling menyayangi. Tapi hakikatnya kita tetap asing.Aku tak tahu kenapa ujian ini diberikan kepadaku. Hati aku rebah. Rebah saat kau menyatakan niatmu untuk meminggirkan aku. Tidak mengapalah dik....kekandamu ini betah untuk bersendiri. Yang pasti aku amat menyayangimu laksana sudara kandungku sendiri. Sesungguhnya kau amatku sayangi dan sentiasa ada dalam hatiku sampai hujung nafasku.

Aku masih perlu mengalah..?..lagi...?

|

Aku sakit. Sepertimana dendangan background blog sandiwara hati ini? Perlukah aku mengalah lagi pada insan yang juga perempuan...? Mengapa aku sering diuji begini...? Bertemu dan beramah mesra dengan perempuan-perempuan yang bakal merampas lelaki yang hadir dalam hidup aku. Alasan kuat, ade penyakit! sakit itulah sakit inilah. Dan pengakhirannya aku yang sihat fizikal terpaksa mengalah. Hakikatnya jiwa aku terluka adakah yang nampak??? Benci dengan situasi begini. Aku terpaksa menjadi manusia hipokrit. Mesra,senyum dan pura-pura bahagia dengan situasi yang amat membuatkan aku makan hati sendirian.

Dan aku ubati sendiri kesakitan itu. Ditemani air mata yang hanya mengalir tatkala aku bersendiri. Aku ingatkan hati ini, mungkin lelaki-lelaki itu bukanlah yang terbaik untuk aku walaupun aku amat menyayangi. Tuhan masih belum mahu menemukan aku dengan pasanganku, yang aku pasti ada. Adakala aku bermonolog sendiri, bukan dia kah orangnya??? Ah aku buntu. Aku terpaksa redha dengan segala ketentuan-Nya atau jika tidak aku akan jadi gila!

Cinta dalam Hati

|

Datangnya memberikan aku senyuman. Namun ianya hanya tersimpan dalam hati sepi. Aku tak mampu menyatakannya. Hanya menanti dalam diam. Dia...dalam hati aku bersuara aku sayang kamu. Tidak kedengaran di pendengarannya. Di kananku ibunya...di kiriku dia. Keduanya adalah kasih hatiku. Siapakah yang harus aku dulukan....aku seperti tersepit antara dua insan yang sangat aku kasihi....Sayu hati ini seakan semakin menjadi-jadi. Dan siapalah aku untuk menjadi kasihnya seumur hidupku ini. Dan kasih Illahi sahajalah yang kekal. Maka aku redha atas segala ketentuan jika kasihku terbatas setakat yang termaktub setakat ini. Terwujudkah kasih di hatinya untukku seperti mana terbit kasih di hatiku kini??? Aku berserah pada Allah untuk menentukan. Semoga aku akan terus diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup yang penuh ranjau duri.Ya Allah....sesungguhnya aku tidak pernah menduga aku akan amat mengasihi dia. Semoga Engkau lindungi hatiku ya Tuhan ku...Amin

Aku bukan istimewa

|

Datang orang baru dalam duniaku kini. Siapa mereka. Keluarga? Tapi tiada pertalian darah. Saudara. Iya sesama manusia yang seagama. Kenapa agaknya aku mudah berasa hati dengannya? Kerana sayang itu mungkin telah mula bercambah di hati ini. Kerana kasih telah berkembang dalam diri. Sepinya membuatkan aku berkecil hati. Diamnya membuatkan aku dipinggiri. Namun aku masih sedar diri, aku bukan sesiapa di hatinya. Aku bukanlah insan istimewa di matanya. Aku bukanlah insan yang perlu ditatang pada hematnya. Aku sekadar insan yang mengemis sayang, menumpang kasih di bawah bumbung cinta mereka.