Aku Jatuh Cinta lagi.

|

Aku jatuh cinta lagi. Haha.....pabila rindu itu menjenguk  pintu hati. Terasa berbunga-bunga pula perasaan. Terbayang ~ hahaha gila bayang la tu kan? Setiap hari serasa redup je suasana. Apabila hati ceria nyata membawa kepada seri muka. :-) Sukanya hati. Mudah-mudahan keceriaan ini akan sentiasa menemani hidupku. Arrghhhh aku jatuh cinta lagi! Aku jatuh cinta pada dia. Aku jatuh cinta pada lelaki itu. Aku jatuh cinta kepada rasa kasih yang dia beri dan tunjukkan padaku. Aku jatuh cinta kepada cinta yang dia serahkan padaku. Aku jatuh cinta kepada senyuman yang sering dia hadiahkan padaku. Aku jatuh cinta kepada rindunya padaku. Aku jatuh cinta kepada sayang yang dia hantar kepada jiwaku. Moga Allah pelihara cintaku kali ini. Moga Allah lindungi cintaku.
Aku cinta dia
Aku cinta lelaki itu
Aku cinta dia, lelaki itu...tunanganku.
Walaupun ada waktu ketikanya aku tak tahu kenapa aku cinta dia.
Ahhhh....kita tidak memerlukan sebab untuk menyintai seseorang.....bukankah begitu??
Sayangku......aku amat menyintaimu. Terima kasih kerana kau membuatkan hatiku jatuh cinta lagi.Dan kali ini biarlah cinta yang akan ku bawa sampai hujung nafasku. Love You....from your fiance..Me

Tanpa Nama....Catatan ini Khas untukmu

|

"Aku x thu bagaimana hendak melupakan
kekesih lama ku yg sdah pun berkawin
ya allah sudah 10...ttp aku msih jg meniggati nya...entah setiap kali ada cinta yg dtg,pati x penah kekal..aku dh letih sangat,terasa pilu sangat unntuk ku tempuhi nya..haiii...melihat kwan kwan ku bersama pasangan mereka aku terasa cemburu sangat...kenapa aweks mereka trlalu sayang kn mereka...knapa aku x dpt perasaan itu....tiada seorang pon yg tahu,kekecewaan ku...ya tuhan enkau berikan lah cahaya kepada ku...enkau berikan lah seorang kekasih yg setia kepada ku..supaya aku dapat melupakan kekasih lama ku...........hmmm."


Saya menerima komen ini daripada seorang yang menggelarkan dirinya dengan "Tanpa Nama" dalam post saya yang lalu yang bertajuk ~beremosi lagi~
Sangat menarik hati saya untuk membalas komennya dengan membuat satu post khas. Beginilah sauadara/i tanpa nama. Usah dirisau usah diragu.....apabila tiba waktunya kamu pasti akan bertemu dengan seseorang yang mampu membuatkan kamu dilamun asmara kembali sehingga kamu terlupa akan keperitan cinta lalu. Percayalah. 

Cinta seharusnya nikmat yang membahagiakan. Kepahitan dan keperitan cinta adalah suatu ujian untukmu. Allah tidak akan memberikan kamu sesuatu tanpa menguji kamu terlebih dahulu. Apa yang penting kamu tidak berputus harap pada Allah. Teruskan meminta kepada-Nya.....tanpa henti! Teruskan berdoa dan mintalah secara detail! Nyatakan dengan jelas apa yang kamu mahu. Allah mendengar! Tapi awas....minta baik maka baiklah  yang kamu peroleh dan jika sebaliknya.....saya pasti kamu faham. Kerana sesungguhnya Allah maha mendengar. Allah maha pemurah. 

Oleh itu, teruskan berdoa. Saya mengerti perasaanmu. Saya pernah melaluinya. Saya pernah merasainya. Saya pernah menjadi manusia yang hatinya penuh dengan rasa sakit hati dan dendam. Saya pernah menjadi manusia yang sangat berputus asa. Tapi alhamdulillah Allah masih sayang pada saya. Dan hingga ke hari ini saya masih dan sedang mengubat hati saya daripada rasa sakit hati dan dendam yang masih bersisa. Dan saya titipkan doa permintaan kepada Allah segala hajat hati tanpa henti. Alhamdulillah Allah telah pertemukan saya dengan seseorang yang mampu membuatkan saya lupa pada keperitan cinta lalu.

Saudara/i Tanpa Nama percayalah Allah sentiasa merindui rintihan hamba-hambaNya. Allah sentiasa menunggu kita untuk meminta-minta kepadaNya.Maka merintih dan pintalah kepadaNya. Semoga saudara/i Tanpa Nama akan dibukakan hati untuk menerima cinta baru. Terimalah cinta baru seadanya dia. Jangan sekali-kali membuat perbandingan cinta dulu dengan cinta baru. Jangan! 

Kita akan disayangi jika kita menyayangi. Kita akan dikasihi jika kita mengasihi. Kita akan dicintai jika kita menyintai. Kita akan menerima jika kita memberi. Maka berilah kasih,sayang dan cinta kamu kepada orang baru dengan sepenuh ikhlas hati, insya'allah kita akan menerima sebagaimana kita memberi.Jika dah dapat cinta baru......bak kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee...."barang yang lepas, hai jangan dikenang...." fokuskan hati pada cinta baru itu. Dan jangan lupa berdoalah kepada Allah agar ditetapkan hati.

Saya sayang Dia

|

Saya sayang dia. Dia selalu buat saya rindu dia. Walaupun ada masa dia buat saya sedih. Saya harap saya tak silap sayang dia. Saya harap rindu saya pada dia bukan satu kesilapan. Saya sangat sayang dia dan saya juga tahu dia sayang pada saya. Saya dan dia sama-sama sedang dilamun Cinta!

Memang suatu ketentuan atau kebetulan?

|

Anuar.....Satu nama yang tersemat dalam hati ini sejak aku di bangku sekolah lagi. Ya di bangku sekolah rendah. Ada kemungkinan juga bermula  dari kunjungan menteri pendidikan ketika tahun 80-an dulu ke sekolah ku?

Hehehe masa tu kalau tak silap aku ....Dato' Anuar Ibrahim kot......dan dalam diam aku selalu mengikuti perkembangan beliau sehinggalah timbul cerita-cerita yang amat kurang enak.....tapi itu tidak mematikan hati aku untuk membenci insan yang bernama Anuar.

Arwah Kak Yan....mempunyai seorang anak saudara yang bernama Anuar. Masa tu aku dah sekolah rendah atas....Anuar masih kecil...comel. Memikat. Menambat lagi hati aku pada insan bernama Anuar.

Ntah kenapa aku sangat alergik dengan nama Anuar. Muncul pula Anuar dan Elina. Aku jadi peminat Anuar Zain sampai kini. Gara-gara nama 'Anuar' . Tapi apapun.....Lagu kain pelikat itu memang menarik.

Aku menyambung pelajaran ke MPRM sekitar 96-99. Di Maktab aku mengenali seorang lagi Anuar! Aku sangat tergila-gilakan dia. Kelas dan jadual waktunya dalam genggamanku. Kelibatnya selalu ingin ku lihat. Yahhhh...itulah dia Mohamad Khairul Anuar. Siap ada hantar surat layang lagi! Kahkahkah.....tapi bukan jodoh kan.....dia tak minat kat aku pun. Tak pelah...at least aku pernah berkawan dan mengenalinya. Orangnya pada mata aku cute! Tambah dengan gigi berlapisnya tu....hehehhe. Sungguh cute.

Setelah tamat pengajian dan mula bertugas, aku mula berjinak-jinak dengan dunia chatting. Pada masa itu chat yang paling popular adalah mirc. Dari sana, aku berkenalan pula dengan Ahmad Anuar.Muncul seorang lagi Anuar dalam hidup aku. Agak lama kami berkawan. Lebih 4 tahun. Tapi atas sebab-sebab tertentu  hubungan itu tidak mendapat restu arwah ayah. Dapat bangkangan yang sangat hebat. Aku terpaksa melupakan Anuar. Walaupun aku tahu dia dah cukup mengenali dan sayang pada aku. Aku sangat pasti. Sebab dia tak pernah melupakan aku hingga kini. Cuma aku je tak mengambil tahu hal dia. 

Beberapa tahun aku sendirian tanpa menjalinkan hubungan dengan sesiapa. Sehinggalah tahun sudah aku dikenalkan dengan seorang lagi Anuar. Aku tidak layan pada awalnya. Tapi mungkin ketentuan kot, akhirnya aku cuba beri peluang pada diri aku sendiri untuk mengenali Anuar yang satu ini. Dan mungkin sebab namanya Anuar maka pintu hati ni terbuka kot. Aku jatuh sayang padanya dan kini menjadi tunang aku. Dan akan selama dan sepanjang hidupku akan aku habiskan dengan tunang kesayanganku. Annuar.

Akhirnya Allah telah pertemukan dengan Annuar yang betul untuk aku! Terima Kasih Tuhan. Semoga perhubungan ini diberkati Allah dan sentiasa dalam perlindungan-Mu ya Rabbi. Engkau peliharalah kasih sayang antara aku dan dia. 

Sememangnya Anuar dalam hidup aku suatu ketentuan atau kebetulan ye? Aku fikir ianya ketentuan, jika tidak mana mungkin Allah meletakkan nama Anuar begitu istimewa sedari aku berada di zaman kanak-kanak lagi....