Bekerjasamalah untuk mencapai kebahagiaan.

|

Tenang-tenangkan fikiranmu. Amankan hatimu. Yakinlah tentang satu perkara. Kita tidak akan marah jika hati kita bekerjasama untuk berasa marah. Kita tidak akan bersedih jika hati kita tidak bekerjasama untuk bersedih. Pilihan ada dimindamu wahai akal. Janganlah memberi kerjasama sekiranya hasilnya sekadar memberi kelemahan. Janganlah memberi kerjasama andai dihujungnya ada derita.Pilihlah sesuatu yang akan memberi kita kebahagiaan.

Setahun berlalu...rasa penyingkiran semakin membahang .

|

Walau dalam senyum aku mencatat rasa ini...hakikatnya hati ini sedang muram durja...
Setahun sudah pun berlalu. Namun masih terasa di hati ini suasana penyingkiran itu.....dan seolah perpecahan itu semakin menular. Biarlah aku redha. Mungkin setakat ini sahaja keakraban yang terjalin sekian lama.

Sudah tiba masa mungkin, Allah menetapkan hubungan menjadi biasa-biasa. Dan dalam tak berapa lama lagi ianya akan hilang ditelan waktu. Aku akan terus hilang dari pandangan mata. Aku akan terus lenyap dari pendengaran telinga. Tapi aku masih percaya akan ada ketika mereka akan terkenang diri ini dalam hati. Ah....begitukah? Atau sekadar menyedapkan hati sendiri?