Kata hati

|

Ya Rabbi....maaf kepada teman2 yang pernah aku berjanji. Aku tak dapat meneruskan lagi. Aku berhenti setakat di sini cerpen yang baru ku ulang tulis. Hati aku tak tenteram untuk menulisnya kembali. Maaf as....kalau kau nak tahu mungkin kau perlu membaca salinannya yang ada pada aku. Tidak di sini. Maaf sofian...pada kau pun xdapat aku tunaikan. Niat dihati ada, tapi gayanya tak kesampaian. Disini....sekadarnya tempat aku bermohon pada sahabat dan cintaku yang satu. Meluah menzahirkan apa yang ada di dalam hati untuk ketenteraman jiwa. Tidak cukup sekadar menadah tangan,sujud di tikar sejadah. Di sini aku turut meluah. Melepaskan segala rasa jiwa. Aku perlu melakukannya agar segala perit tidak terpendam lama. Aku perlu melepaskannya. Dan inilah salah satu cara yang aku laku.

Sembang kenal

|

Di asrama Luak Rembau,malam :
"Assalamualaikum.." tiba-tiba ada suara manis memberikan salam.
"Waalaikumsalam, masuklah. Ada apa ye?" tanya Kak Ros apabila ada junior yang datang ke bilik Illa.
"Nak minta tanda tangan Ketua Aras, ada tak?" tanya seorang junior, datang berdua bersama roomatenya mungkin.
"Ketua aras? Ntah, ada ke Illa?" tanya Kak Ros pada Illa, ketua aras tiga yang sebetulnya.Juior yang baru masuk tidak tahu bahawa di depan mereka itulah ketua aras tiga dan Kak Ros selaku penolongnya. Ayu yang mendengar dan melihat situasi tersebut hanya mampu tersenyum simpul melihat junior dipermain-mainkan. Hahaha.
"Ada tak kak?" tanya junior tu lagi. Temannya kelihatan tidak banyak cakap. Dan akhirnya Kak Ros mengalah, memberikan tanda tangan. Cuma Illa le, ntah kenapa hanya menyibukkan diri. Sibuk betul gayanya. Keluar masuk. Sementara menunggu kelapangan Illa kami bersembang. Seorang bernama Rohana dan seorang lagi Rauzita. Atau lebih mesra dipanggil Achik.

Kembar

|

"Ingat, jangan bagi diaorang tanya kita. Biar kita yang tanya soalan bertalu-talu. Biar sampai diaorang menyampah tengok kita.,"jelas abang Zul memberi tips dan peringatan kepada semua fasilitator bertugas.
"Eh... Era, boleh ke aku ni? kau kan tahu aku ni tak banyak mulut, so..kau fikir boleh ke aku buat ni...?" tanya Ayu kepada Era. Melepaskan rasa gemuruhnya.
"Ala, kau cubalah dulu, boleh punya. Lagipun diaorang tu sebenarnya tengah gabra. Jadi, masa nilah kau nak membuli pun. Apalah kau ni dengan budak baru pun nak gemuruh."

Sesi bermula.
"Okay, sebelum kita mulakan diskusi pada malam ini,saya nak kamu perkenalkan diri kamu terlebih dahulu." Izan memulakan bicara apabila tiada sesiapa yang mahu memulakan sesi.
"Okey, nak mulakan dari mana?" tanya Izan lagi.
"Kita mula dari hujung sana. Siapa nama kamu dan berasal dari mana?"
"Nama saya Mohd Khairul Azrul bin Mohamad, berasal dari Jasin,Melaka."
"Umur?" Era mencelah.
"19 tahun," ringkas.
"Baiklah terima kasih Azrul."
"Sama-sama."
"Baiklah...kita teruskan, sebelah Azrul."
"Nama saya Fajar Hussien. Ber.."
"Apa? Faizal Husien?" sampuk Izan dengan tiba-tiba.
"Fajar Husien"
"Oh..Fajar. Saya dengar Faizal.Maafkan saya".
Pelatih itu hanya mengangguk dan tersenyum sahaja mendengar kata Izan tadi. Begitulah seterusnya sehingga semua peserta tamat menyatakan identiti mereka secara ringkas. Malam berdiskusi berjalan dengan ceria sekali selama dua malam. Malam terakhir, semua fasilitator dan peserta saling bermaafan.

"Uh..assalamualaikum,Kak Ros. Penatnya......" rengek Ayu sebaik saja melangkah ke dalam bilik asrama.
"Nak tidurlah kejap!".
"Ayu, sembahyang dulu, lepas tu baru tidur," pesan Kak Ros. Ayu hanya menurut. Hari malam pun dah semakin larut. Usai bersembahyang. Ayu terus lena diulit mimpi. Sedar-sedar dah subuh.

Hari terus berlalu dengan pantas. Sudah hampir dua minggu pelatih baru masuk. Antara pelatih sama ada yang senior mahupun junior hubungan makin terjalin mesra. Kak Suzy dan Kak Siti jiran baru Ayu dan Kak Ros. Mereka opsyen SN/KH.
"Eh, Ayu....dengar tak ada budak kembar kat maktab kita ni. Junior".
"Betul ke? ntah aku tak dengar pun."
"Engkau tu memang....ala ada sorang tu ahli kumpulan kita masa malam berdiskusi tu."jelas Era lagi.
"Yang mana ye?" masih kesamaran.
"Ala yang duduk sebelah Kak Sue tu. Apa ke nama dia...eeemmmm...hah...Khairul Azrul. Kalau tak silap aku."
"Ohhh...budak Melaka tu?"
"Hah....betullah tu. Ingat pun kau !"
Memang la Ayu ingat. Hahahha.

Selang beberapa hari.
"Era...mana budak kembar tu ? Aku tak pernah bertembung pun?"
"Ala sabo la.....mana ek..?"Era masih melilau mencari kelibat Azrul.
"Ha...tu. Nampak tu?" tunjuk Era dengan hanya memuncungkan muncungnya. Hehehehe
"Mana?" Ayu masih kekaburan.
"Tu...tu ha depan tu." Ayu terus meluaskan pandangan.
" Ooooo nampak...aku nampak...tapi sorang je? kembarnya mana? Dengki aku asyik kau je yang nampak. Aku takde nampak. "ngomel Ayu. Geram dengan Era. Setiap kali nampak budak kembar tu, dia akan bercerita. Hebat sangatkah?
Era...senyum saja. Mengangkat keningnya. Bangga.

Semasa dalam perjalanan ke kelas, tiba-tiba....
"Hah Ayu, tengok tu, cepatlah. Tengok tu...sana tu hah. Cepatlah dua-dua ada tu, sorang kat sana baju biru, sorang lagi kat sana baju biru muda. Nampak tak?"
"Jangan kata aku tak bagitau pulak...".
"Aku nampak." ringkas.
Ayu terus menatap pasangan kembar yang berada di hadapannya tidak jauh dari tempat dia dan Era berdiri. Puas. Jadi, pabila peluang dah depan mata, apa lagi....TATAPLAH!

Semester 3 diskusi

|

10 tahun lalu,

"Sesiapa yang berminat untuk menjadi fasilitator pada malam diskusi bersama DPM baru dikehendaki memberi nama kepada Biro Penempatan Luar, Saudara Zulhisyam dan bolehlah mendapatkan sinopsis novel daripadanya". Begitulah kedengaran pengumuman yang diperdengarkan semasa pehimpunan pagi oleh Asmadzy.
"Eh, seronoklah Ayu, jom kita join nak?" tanya Era.
"Emmmm...boleh juga.Nanti tak pasal-pasal glamour kita. Silap hari bulan junior ingat muka kita ni sampai bila-bila, lepas tu kalau jumpa dengan kita tentu tak putus-putus diaorang bagi salam."
"Amboi, tingginya angan-angan!" balas Era disambut gelak tawa dari keduanya.

Bersama roomate,
"Ha...Kak Ros, Ayu nak mandi tau",beritahu Ayu kepada roomatenya.Sedang asyik Ayu membersihkan dirinya, terlintas difikirannya bagaimana hendak mengendalikan sesi pada malam tu nanti. Maklumlah Ayu bukannya pandai berbicara, apatah lagi dengan orang yang baru dikenalinya. Tiba-tiba Ayu terdengar sayup-sayup intercom bersuara. Bergegas keluar untuk mendengar pengumuman.
"Alamak, terlepas pulak!" keluh hati kecilnya sendirian.
"Kak Ros....dengar tak pengumuman tadi tu ?" tanya Ayu.
"Sorry la Kak Ros pun tak dengar la...ni sibuk ngan phone." Kak Ros memberi alasan dengan tersengih-sengih.
"Eemmmm,tentu pengumuman tentang malam diskusi tu." rungutnya antara dengar dan tidak.

Ting ! Tong ! Ting ! Tong !

"Ha...pengumuman ulangan !"
"Kepada mereka yang telah mendaftarkan nama sebagai fasilitator untuk malam diskusi, sila dapatkan sinopsis yang telah disediakan di kafetaria dengan segera. Arahan, Saudara Zulhisyam. Ulang suara, kepada mereka yang...."
"Oh.... ingatkan pasal apa," ngomel lagi.
"Ha, Ayu..cepatlah siap....cepat pergi cepat balik!" pesan Kak Ros.
"Emmm, tak janjilah kak, sebab orang nak singgah bilik Era."
Kak Ros tak menjawab sekadar mengangguk tanda faham. Biasalah Ayu kalau dah keluar bilik memang tak sah kalau tak menyinggah bilik dak Era. Paling tidak sejam dua dia akan lepak di situ. Macam tak ada bilik sendiri.

Di bilik Era,
"Assalamualaikum.....Era!" Ayu menjengukkan mukanya ke dalam bilik Era di sebalik pintu. Tersengih-sengih menampakkan giginya.
"Ha...Ayu! Kau nak pergi mana ni? Nah! Aku dah ambilkan sinopsis ni untuk kau. Kenapa tak datang tadi? apasal lambat ?" bertalu-talu pertanyaan.
"Sorry la tadi aku mandi, tak dengar. Tanya Kak Ros, tak dengar juga. Pengumuman yang kedua tu baru aku dengar....barulah aku datang ni. Sorry yea dear..." jelas Ayu yang masih tersengih-sengih.
"Ah, kau tu memang macam tu la..." balas Era senyum.

Agaknya..

|

ku renung2 dan ku fikir2 mencari jawapan kepada soalan2 yang masih enggan dia jawab. Rasanya aku dah dapat jawapan tu..mungkin ya mungkin tidak.Apapun anggapan aku, ia masih tidak menenagkan jiwa aku.

Dia pernah berkata mengapa dia buat begitu, mengapa sudah ada yang itu dia masih mencari orang lain..mengapa datang menagih cinta aku??? katanya...dia takut kalau yang itu pergi tinggalkan dia, dia ada penggantinya...huh...dia akan ada aku...!!! aku faham sekarang....pergi yang itu, maksudnya pergi untuk selamanya...pergi meninggalkan semuanya termasuk dunia ini.

Tergamaknya dia berniat begitu sedangkan yang itu masih bernyawa...apakah tiada perancangan dia untuk memperisterikan yang itu sehinggakan walaupun hayat yg itu masih ada dia sudah mencari tempat yang baru untuk mengisi tempat yang bakal yang itu tinggalkan? Apakah dia akan menunggu yang itu pergi baru dia akan membuat keputusan langkah apa yang perlu dilakukan untuk masa depan aku?

Apakah aku harus menunggu dia sehingga yang itu pergi menghembuskan nafas terakhirnya? Ya....yang itu setelah ku bertanya rakan doktorku tentang penyakit yang dihidapi yang itu aku tahu sekarang.....yang itu menghidapi penyakit yang boleh menyebabkannya mati dengan tiba-tiba, serta-merta tanpa amaran! Hah....itulah perempuan yang menjadi pilihan dia...silakan.....!!! Ingin menjadi hebat menjaga hati yang itu dengan menghumban aku! adilkah? hebatkah?

Apakah patut begitu? Mungkin itu balasannya kerana dia memperlekeh dan memandang rendah kepada isteri orang lain, akhirnya dia juga bakal memperoleh yang serupa! Inginkan seorang yang dapat menjaga diri laksana raja, bakal termakbulkah?? Sedangkan dia sendiri tidak tahu bila ajal yang itu sampai sudah siap sedia dia mencari galang ganti...alangkah malangnya nasib yang itu....jelas sangat dia tidak boleh bergerak tanpa adanya wanita disisi.

Sakitnya hati aku seksanya jiwa aku, aku bukan sesiapa untuk memberi pembalasan. Tapi kupohon agar dia diberi pembalasan yang setimpal. Kejam? aku kejam? siapa yang menjadikan aku kejam? Bukankah dia juga yang membentuk kekejaman dalam diri aku? Bukankah dia juga yang memanggil kekejaman yang tersembunyi ini keluar dari tempat persembunyiannya? Dia mencabar untuk melihat kekejaman aku, maka aku perlihatkan!

Sampai bila pun...

|

Her...
Sampai bila pun...
Dia PERAMPAS kasih aku

Him...
Sampai bila pun...
Dia PENGKHIANAT CINTA
|

Luahan hatiku pada sahabat yang selalu ade ngan aku...satu-satunya...

"Waalaikumsalam......

aku cubelah nie. Tapi kekadang ingatan tu datang sendiri, aku jadi sakit hati pun iye....nak nangis, nangis, nangis,nangis,nangis,nangis,nangis,nangis,nangis,nangis,nangis,nangis,nangis,nangis,nangis, dan nangis....pun iye.(cuma air mata aku ni x terkeluar depan orang)...mcm aku kata kalau orang luar mungkin tak kan sesukar sekarang nie. Orang luar hilang...pergi takkan jumpa lagi. kalau terjumpa pun mungkin selepas 8-10 tahun.Tapi kes aku? comfirm jumpa balik. depan mata aku. macam mana aku nak tanggung hal tu sepanjang hayat aku? aku boleh sakit jiwa dibuatnya. Kekadang tgk phone aku tu pun ingat ke dia. Tgk ruang tamu, n barang2 yg biasa dia gunapakai....rumah aku ni sendiri pun ade simpan memori ngan dia. apatah lagi kalau aku pg umah dia. Tak pergi nanti keluarga dia kata apa pulak kan? Nak2 bpk dia ...takkan aku x jengok pakcik aku sendiri....belum adik-beradik dia lagi....kalau aku ni bukan sepupu dia kan senang..Aku dah letih dah , aku nak berenti tapi.....??
kau tanya dia aku sayang dia lagi ker tak?....Idah aku nie, orang2 yang pernah aku sayang....xpernahnya aku x sayang dia lagi. semua yang pernah aku sayang aku x pernah nak benci...dendam mungkin.KUIKUIKUI....termasuklah orang2 yang lepas2 tu....anuar,ismail....diaorang tu aku sayang jugak, cuma harapannya xkan jumpa lagilah dgn diaorang tu. stop. and aku leh hadapi. Tapi yang sorang nie......aku rasa macam nak ##### jer biar hilang terus dari pandangan aku! Biar dua2 pompuan xdpat! Mintak maaf cakap lah kalau pun aku kata aku maafkan dia.....kemaafan tu xde ikhlas pun. Memang susah! Sampai bila2 pun aku xkan maafkan dia! Inilah diri aku yang selama ini mungkin kau tak pernah nampak Idah....kak fidah tu....aku no komen, bukan salah dia pun. tapi kadang2 aku sakit juga, kerana sepertinya dia juga menyumbang situasi ini. Aku rasa nak mati cepat jer xnak panjang umur...kalau panjang umur pun jiwa aku sakit x guna juga idah....buat tambah dosa aku aje. kalau panjang umur tapi jiwa aku terseksa...apa erti kehidupan idah? ibaratnya banyak duit tapi dok bayar hutang jer....dimana nikmatnya kaya? Kepada yang membaca....inilah rasa hati aku sekarang. Nanti yang ntah bila ....kau bacalah titipan yang aku sediakan dalam blog rahsia aku. Blog kat mana aku luahkan rasa kecewa aku . sebab aku xde tempat nak ngadu...dan kau pun tahu aku sorang2 jer kan, nak bercerita ngan ayah aku...ckp hari ini esok2 dia lupa....Dan kau akan faham macam mana sakit dan seksanya jiwa aku di perlakukan begini....mentang2 aku xde yg nak backup, mungkin sebab tu dia berani buat aku mcm ni idah.

Aku cuba gak tumpukan pada kerja dan study aku, tapi mcm x jalan. Aku rasa aku drop teruk semester ni Idah...Ntahla aku pun mcm dah hilang akal....nak solat tengah x boleh...Idahhhhhhhh.......sakitnyaaaaaaaaa huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!"

ArrrGGGHHhhh...!!!

|

Takkan ada kebahagian untuk mereka
Jika kesakitan yang mereka beri sebagai ganti
Takkan ada sinar bagi mereka
Jika cahayaku yang mereka rampas
Sehingga aku dalam kegelapan

Jika wak Timah ada
Jika abangku ada
Jika kakakku ada
Jika ayahku gagah perkasa
Jika aku ada tempat mengadu

Aku pasti aku takkan dianiaya
Aku pasti aku takkan diperguna
Sehingga begini aku dipersia
Sumpahku....mereka akan terima
Sebagaimana aku diperlaku

Jika tidak sekarang
Mungkin suatu masa nanti
Mungkin suatu waktu kemudian
Mungkin suatu ketika

Ketika itu baru mereka sedari
Betapa sakit hati ini
Betapa perit penderitaan yang mereka wariskan
Betapa siksa jiwa ku yang mereka kesankan

Sakit, perit, siksa yang perlu aku tanggungi
Sepanjang hayat hidupku
Hanya mautku bisa menyirna semua
Arrrrrggghhhhhhhhhhhhhhh
Tidak berperi kemanusiaan langsung

Di mana letaknya perasaan manusia di hati mereka???!!!!

Aku sakit lagi....!

|

Malam-malam macam nie...aku tambah sayu, aku sorang diri menghadapi dugaan demi dugaan. Mengapa ya? Hanya ku pinta supaya dugaan-dugaan ini akan membawa aku menuju kebahagian abadi di penghujungnya.

Syawal kian menghampiri, menambah lagi keperitan jiwa yang aku tanggung. Air mata tak daya untuk ku menahannya dari terus mengalir membasahi pipi. Mengapa harus aku yang menghadapi ini? Aku berharap air mata keriangan di akhir episod hidup ku nanti.

Mengapa kasihku dibalas tuba? Mengapa cintaku dipersia? Tidak layakkah kasih dan cintaku kepadanya sehingga keperitan yang aku terima sebagai balasan. Cintaku ketika tiada mengapa diminta. Cintaku setelah kau miliki mengapa dipersia?

Aku masih belum bisa untuk menyisih rasa cinta dan rasa rindu yang telah lama tersimpan dalam hati. Bagaimana harus aku menyisihnya kerana cintaku tulus penuh kasih dan sayang. Namun aku juga merasa sakit dengan rasa rindu dan cinta itu. Aku dah tak sanggup menghadapi tapi aku perlu menghadapi. Sorang diri....

Mengapa tergamak menyakiti insan yang pernah kau sayangi?
Mengapa tergamak menganiaya kasihmu sendiri?

Berdosakah aku membalas cinta yang diberi? Berdosakah aku memberi cinta yang kau minta untuk diisi? Mengapa aku yang aku kau sakiti...? Sorang insan yang tak mungkin dapat ku jauhi dari diri ...? Sampainya hatimu, tergamaknya dirimu ...merancang untuk menyakitiku sepanjang hayatku...

Sekadar menentu ketahuan

|

Subuh sepi Ramadhan
Hati terkenang insan paling ku cinta
Sedih pilu rasa jiwa
Tatkala sampainya hati dia
Merampas rasa bahagia

Kemanakah janji
Dimanakah setia
Mengapakah sirna
Setelah usai menabur cinta

Engkau menghulur kasih
Saat deritamu tiba
Engkau menghulur tuba
Pabila bahagiamu menjelma

Kepadaku engkau mengadu
Pabila sepi hati menjamu
Laluku kau singkiri
Tatkala sepimu beradu

Aku sekadar menentu ketahuan

Setampan Yusufkah diri
Seayu Zulaikha yang kau cari?
Sehebat Muhammadkah diri
Semulia Khadijah kau ingini?

Aku sekadar menentu ketahuan

Tenangkah jiwamu
Merampas cintaku yang kau beri dulu
Bahagiakah hatimu
Setelah menghancurkan jiwaku

Aku sekadar menentu ketahuan

Ketawa riakah hatimu
Tatkala aku merindu
Berbahagiakah super egomu
Tatkala id dan egomu menderaku

Pernah hadir dalam hati

|

Antara mereka-mereka yang pernah singgah di hati
  • Mohd Khairul Anuar Mohamad
  • Ahmad Anuar Zainal Abidin
  • Hawari Hasmi
  • Ismail Nadi
  • Mohd Syamshahrol Kasiman
  • Mohd Sofian Nordin

Dua di antara mereka aku tidak berterus terang tentang yang tersirat di hati aku. Tapi aku tahu mereka tahu...Rasa seperti satu memalukan untuk berterus terang. Tetapi kini rasa seperti satu kebodohan kerana tidak berterus terang.

Seorang di antara mereka hubungan yang penuh dengan ketidakjujuran dan pembohongan maka ia tidak berkekalan.

Seorang di antara mereka di ibarat jodoh yang tidak kesampaian kerana berakhir dengan putusnya tali pertunangan. Namun kami tidak bermusuhan. Yang mana akhirnya hilang ditelan waktu.

Seorang di antara mereka aku berterus terang apa yang ada tersimpan dalam hati. Dia menolak dengan santun kerana telah dimiliki. Aku terima dengan hati terbuka. Masih berhubungan dan terjalin atas dasar persahabatan. Jelas kejujuran dan keikhlasan.Mudah-mudahan.

Seorang di antara mereka hubungan murni yang dicalit dengan kecurangan. Namun kasih dan sayang melebihi segalanya menutup kecurangan dalam diam. Perit dan luka yang paling dalam yang pernah aku rasa dalam hidup. Masih berhubungan namun aku tidak diberitahu apakah hubungan itu. Nyata jelas di awangan. Siapa sebenarnya aku pada mu? Ibarat lalang di tiup angin. Kata-kata yang penuh keraguan dan rasa kebersalahan. Aku masih menanti dengan sabar dengan hati yang berdarah merah pekat!

Nangis lagiiiii.....

|

Aku bukan tak penat.....penat sangat. Tapi dah hati aku macam ni aku tak tahu dah nak buat apa. Sakit sangat jiwa dan raga aku. Kenapa mesti ada je orang nak amik barang kepunyaan aku? Itu aku punya lah...jangan lah amik....kalau nak pinjam cakap jer lah kenapa mesti nak dijadikan hak sendiri. Sedih tullll aku. Kecewa....diaorang pikir hati diaorang jer nak senang...hati aku ni deme tak pikio ker? dah lah amik rete orang pastu tak reti nak jaga hati tuan punya barang.....! Heeeeeeee mentang2lah aku ni serba kekurangan. Diaorang tu semua berlagak baik dalam masa yang sama saja nak kenakan aku....Allah ada dengan aku. Diaorang akan dapat balasannya!

Cam biasa kat sini jer lah aku lepaskan rasa kecewa aku!

Kisah sekeping hati

|

Kelmarin...
Aku mengasihinya
Tapi kasihnya hanyalah pada kemewahanku
Dia menyepi setelah aku kata
Kemewahanku bukan semuanya hak aku

Semalam...
Aku menyayanginya
Tapi sayangnya hanyalah pada kekurangan dirinya
Dia membisu setelah aku terangkan
Aku kecewa bukanlah kerana itu

Hari ini...
Aku menyintainya
Tapi cintanya hanya pada kecantikanku
Siapalah aku di matanya kini
Pabila seorang puteri ayu di sisinya

Esok...
Perasaan apa akan terpatri
Aku belum pasti
Kebahagian ku pohon pada Illahi
Semoga ketentuan yang tersurat & tersirat untukku
Kembali menerangi jiwa sepi

Kelmarin, kekeduan
Semalam, kesukaran
Hari ini, Kepiluan
Semoga...
Esok, kebahagian

Ku mohon kecerianku...
akan dipulangkan!

Aku tak tahu mengapa malam ini hatiku berdebar-debar. Apakah debaran kekecewaan atau debaran kebahagian...? Aku tidak pasti. Hanya tuhan yang maha mengetahui rahsia debaranku. Namun ku pohonkan debaran ini adalah debaran kebahagian.

Sayu tanpa Pilu

|

Mungkin kesibukan hari ni membuat aku lupa pada kesepian ku ,pada kesayuan ku. Mungkin juga ade berita yang ku nanti telah ku terima maka kepiluan itu sedikit berlalu. Namun hatiku masih punya sisa kesayuan itu. Akan terus ku sujud pada Yang Esa agar kesayuanku terus sirna ditelan ketenangan. Terima kasih tuhan. Aku masih berharap pada-Mu untuk mendengar suara hatiku. Malam ini tiada kepiluan dihatiku.Apa yang boleh kunyatakan cuma Kesayuan tanpa kepiluan.

Aduh....

|

Aku masih lagi murung. Rasa macam tak nak layan semua orang. Kesian gak kat kawan-kawan yang biasa rapat ngan aku tuh. Tapi memang tengah xde hati nak bersuka-suka, bershopping2 ke or whatever la yang biasa aku buat time hati ceria.

Ntah malam ni kenapa aku rasa boring tahap gaban. Sedih x tentu pasal. Sedih mengenangkan nasib diri. Walaupun dalam kepala otak aku selalu gak berkata-kata yang lepas tu lepas lah , jangan di kenang merana badan. Aku dah cuba....bukan tak cuba...tapi ...payahnya ler. Kalau reti nak jadik macam nih ....mmmmm ntah la benda dah jadi. Nak tak nak jalan juga la kan?

Rasanya cam hari-hari hati aku menangis. Bukan tak letih,bukan tak penat....letih dah sangat...penat dah bebenornya...tapi hati aku ni degil sedegil-degilnya...kepala batu. Ini lah sebahagian peel buruk yang ade dalam diri aku. Payah nak buang...sapa tak tahan memang dia kata p lantak kau lah labu....

Macam biasa,kat sini aku menulis kepiluan yang aku rasai. Meringankan berat perasaan dihati. Setidak-tidaknya aku meluahkan...lapang sikit nak tido malam. Ermmmmm,eh...ye ke? Pasti insan yang ada pengalaman seperti aku boleh memahami. Ntah apalah aku bebel memalam nih...aku pun x tahu...confuse gak.Yang aku tahu aku rasa sayu dalam hati. Apa nak buat lepas nih ek....ermmm...mungkin solat hajat kembalikan semangat. kembalikan harapanku.pulanglah....aku rindu saat ceriaku....."pulanglah kepada ku....."

Akukah yang salah?

|

Aku x tahu apa yang harus aku lakukan lagi. Aku buntu. Jiwa aku cukup terseksa. Kenapa aku di perlakukan sebegini rupa? Berapa kali lagi perlu aku hadapi kekecewaan. Kekecewaan demi kekecewaan ku hadapi dalam percintaan. Aku rindu untuk dirindui tapi.....rindu untuk aku hanya ketika mereka tiada tempat lagi untuk merindui. Aku tak tahu mengapa dia boleh tergamak melakukan perasaan aku begini....?

Aku tahu dia pernah dilukai. Apakah kini aku dijadikan tempat untuk dia membalas rasa sakit hatinya itu? Mengapa aku? Mengapa aku yang harus menderita kerana menyayangi dia? Maaf ...hanya di sini aku dapat melampiaskan segala yang terbungkam dalam hati. Paling tidak untuk sedikit kelapangan dalam hati. Keredaan bagi amarahku.

Perempuan itu, wajahnya tenang namun jiwanya gelora. Dalam simpatinya terselit kebencian. Maafkan aku jika tersalah tafsiran. Hati seorang perempuan ,pastinya hanya difahami perempuan. Dia menyakitiku dalam ehsannya. Dia mendera jiwaku dalam keikhlasannya. Aku bertambah pedih. Kenapa aku yang diperlaku begini?

Akukah yang bersalah kerana menyintai? Akukah yang berdosa kerana menyayangi? Bukan aku yang datang kepada dia. Dia menghampiriku.Memberikan harapan dan akhirnya dia jugalah yang menghancurkan. Malah tergamak untuk meninggalkan luka sebagai tanda ingatan yang begitu memedihkan. Kata-kataku tajam namun hatiku sentiasa inginkan yang terbaik untuk dia. Tahukah dia tentang itu?

Kerana sayang aku marah. Kerana kasih aku berkata-kata. Tapi padanya seperti angin yang berlalu sepi di kedinginan malam. Muncul mentari padanya membawa pergi segala duka. Ah....lelaki. Bencikah aku pada lelaki sedangkan aku sedar fitrahnya alam lelaki dan perempuan saling memerlukan. Fitrahnya alam lelaki melindungi perempuan. Fitrahnya alam lelaki membimbing perempuan.

Tetapi mengapa padaku sering terlihat dimata, lelaki hanya mempermainkan perempuan.Lelaki merosak perempuan. Lelaki membuat perempuan hilang kawalan. Aku menulis di sini melepas amarahku . Mencari di mana kehebatan seorang lelaki yang dikata pelindung perempuan. Aku masih mengharapkan tuhan perlihatkan lelaki dalam erti kata yang sebenar. Di mana seorang perempuan boleh bergantung harap menjalani kehidupan.

Kata-kata daripada seorang pensyarahku yang masih diingatan....

"Apa yang patut dilakukan sekiranya orang yang membuatkan kita riang ketawa dan bahagia itulah yang membuatkan kita menangis dan derita?"