Aku merinduimu.

|

Aku merinduimu saban waktu. Hidupku kini bergemerlapan dengan hadirmu. Kau membuat aku kembali tersenyum. Kau membuatkan hatiku kembali berbunga. Terima kasih sayang. Terima kasih Tuhan. Engkau anugerahkan dia untukku. Semoga hidup kami sentiasa berada dalam lindungan-Mu. 

Abang,
Dulu saya tidak tahu siapa dirimu.Dan kini saya amat menyintaimu sepenuh hatiku. Semoga ucapan abang adalah tulus untuk saya, kini dan selamanya.

Saya menyintai dan merinduimu saban waktu. Hanya kamu bertahta dihati ini sayang. Dan aku hanya tergila-gilakan abang seorang bukan orang lain tapi abang....tunanganku kini.

Nama yang ku puja

|

Sudah beberapa bulan namanya sentiasa bermain di bibirku. Lebih lama lagi nama itu muncul di hati ini. Ya sudah berpuluh tahun nama itu berada dekat dengan bibir dan hatiku. Dan aku sendiri tidak tahu kenapa nama itu begitu dekat dengan diriku. Sedangkan aku tidak tahu siapa pemilik nama itu. Dan kini...akhirnya Allah pertemukan aku dengan pemilik nama itu. Aku bersyukur....akhirnya aku dapat menatap pemiliknya dan bakal menemani hidupku insya'allah. Siapa sangka kan....nama itu telah hadir seawal usia kanak-kanak ku....dan pemiliknya hanya muncul setelah dua puluh tahun lebih berlalu. Dan kini senyumanku terukir dibibir dan hatiku jua. Dulu aku memuja nama itu sungguh. Sangat suka dengan nama itu. Sangat sayangkan nama itu. Sangat kasih pada nama itu. Sekarang....pemiliknya berada di depanku dengan senyuman yang selalu aku rindui.

Beremosi lagi

|

Lama sungguh aku tidak mencatat sesuatu di sini. Dan seperti biasanya saat hatiku tersentuh, aku berada di sini. Meninggalkan...meluahkan rasa sesak dada. Melapangkan himpitan rasa. Di sinilah tempatnya. Selepas menerima panggilan itu, aku nekad....selepas ini sesiapapun yang hadir dalam hidup aku, berpandukan kesungguhannya dan jika aku ada menyimpan perasaan padanya walaupun sedikit, aku akan terima dia seadanya! Aku ingin menerima dan memberi peluang pula kepada orang yang ingin menyayangi aku.  Dan aku akan cuba belajar untuk menyayanginya sepenuh hati ini. Aku tidak akan menunggu lagi putera impian. Kerana yang akan hadir menyatakan rasanya kepada aku itulah putera hati ku. Dan hanya kepada-Nya aku mohon ketetapan hati ini, membuka hati ini untuk menerima insan yang di anugerahkan untukku.