Kisah sekeping hati

|

Kelmarin...
Aku mengasihinya
Tapi kasihnya hanyalah pada kemewahanku
Dia menyepi setelah aku kata
Kemewahanku bukan semuanya hak aku

Semalam...
Aku menyayanginya
Tapi sayangnya hanyalah pada kekurangan dirinya
Dia membisu setelah aku terangkan
Aku kecewa bukanlah kerana itu

Hari ini...
Aku menyintainya
Tapi cintanya hanya pada kecantikanku
Siapalah aku di matanya kini
Pabila seorang puteri ayu di sisinya

Esok...
Perasaan apa akan terpatri
Aku belum pasti
Kebahagian ku pohon pada Illahi
Semoga ketentuan yang tersurat & tersirat untukku
Kembali menerangi jiwa sepi

Kelmarin, kekeduan
Semalam, kesukaran
Hari ini, Kepiluan
Semoga...
Esok, kebahagian

Ku mohon kecerianku...
akan dipulangkan!

Aku tak tahu mengapa malam ini hatiku berdebar-debar. Apakah debaran kekecewaan atau debaran kebahagian...? Aku tidak pasti. Hanya tuhan yang maha mengetahui rahsia debaranku. Namun ku pohonkan debaran ini adalah debaran kebahagian.

Sayu tanpa Pilu

|

Mungkin kesibukan hari ni membuat aku lupa pada kesepian ku ,pada kesayuan ku. Mungkin juga ade berita yang ku nanti telah ku terima maka kepiluan itu sedikit berlalu. Namun hatiku masih punya sisa kesayuan itu. Akan terus ku sujud pada Yang Esa agar kesayuanku terus sirna ditelan ketenangan. Terima kasih tuhan. Aku masih berharap pada-Mu untuk mendengar suara hatiku. Malam ini tiada kepiluan dihatiku.Apa yang boleh kunyatakan cuma Kesayuan tanpa kepiluan.

Aduh....

|

Aku masih lagi murung. Rasa macam tak nak layan semua orang. Kesian gak kat kawan-kawan yang biasa rapat ngan aku tuh. Tapi memang tengah xde hati nak bersuka-suka, bershopping2 ke or whatever la yang biasa aku buat time hati ceria.

Ntah malam ni kenapa aku rasa boring tahap gaban. Sedih x tentu pasal. Sedih mengenangkan nasib diri. Walaupun dalam kepala otak aku selalu gak berkata-kata yang lepas tu lepas lah , jangan di kenang merana badan. Aku dah cuba....bukan tak cuba...tapi ...payahnya ler. Kalau reti nak jadik macam nih ....mmmmm ntah la benda dah jadi. Nak tak nak jalan juga la kan?

Rasanya cam hari-hari hati aku menangis. Bukan tak letih,bukan tak penat....letih dah sangat...penat dah bebenornya...tapi hati aku ni degil sedegil-degilnya...kepala batu. Ini lah sebahagian peel buruk yang ade dalam diri aku. Payah nak buang...sapa tak tahan memang dia kata p lantak kau lah labu....

Macam biasa,kat sini aku menulis kepiluan yang aku rasai. Meringankan berat perasaan dihati. Setidak-tidaknya aku meluahkan...lapang sikit nak tido malam. Ermmmmm,eh...ye ke? Pasti insan yang ada pengalaman seperti aku boleh memahami. Ntah apalah aku bebel memalam nih...aku pun x tahu...confuse gak.Yang aku tahu aku rasa sayu dalam hati. Apa nak buat lepas nih ek....ermmm...mungkin solat hajat kembalikan semangat. kembalikan harapanku.pulanglah....aku rindu saat ceriaku....."pulanglah kepada ku....."

Akukah yang salah?

|

Aku x tahu apa yang harus aku lakukan lagi. Aku buntu. Jiwa aku cukup terseksa. Kenapa aku di perlakukan sebegini rupa? Berapa kali lagi perlu aku hadapi kekecewaan. Kekecewaan demi kekecewaan ku hadapi dalam percintaan. Aku rindu untuk dirindui tapi.....rindu untuk aku hanya ketika mereka tiada tempat lagi untuk merindui. Aku tak tahu mengapa dia boleh tergamak melakukan perasaan aku begini....?

Aku tahu dia pernah dilukai. Apakah kini aku dijadikan tempat untuk dia membalas rasa sakit hatinya itu? Mengapa aku? Mengapa aku yang harus menderita kerana menyayangi dia? Maaf ...hanya di sini aku dapat melampiaskan segala yang terbungkam dalam hati. Paling tidak untuk sedikit kelapangan dalam hati. Keredaan bagi amarahku.

Perempuan itu, wajahnya tenang namun jiwanya gelora. Dalam simpatinya terselit kebencian. Maafkan aku jika tersalah tafsiran. Hati seorang perempuan ,pastinya hanya difahami perempuan. Dia menyakitiku dalam ehsannya. Dia mendera jiwaku dalam keikhlasannya. Aku bertambah pedih. Kenapa aku yang diperlaku begini?

Akukah yang bersalah kerana menyintai? Akukah yang berdosa kerana menyayangi? Bukan aku yang datang kepada dia. Dia menghampiriku.Memberikan harapan dan akhirnya dia jugalah yang menghancurkan. Malah tergamak untuk meninggalkan luka sebagai tanda ingatan yang begitu memedihkan. Kata-kataku tajam namun hatiku sentiasa inginkan yang terbaik untuk dia. Tahukah dia tentang itu?

Kerana sayang aku marah. Kerana kasih aku berkata-kata. Tapi padanya seperti angin yang berlalu sepi di kedinginan malam. Muncul mentari padanya membawa pergi segala duka. Ah....lelaki. Bencikah aku pada lelaki sedangkan aku sedar fitrahnya alam lelaki dan perempuan saling memerlukan. Fitrahnya alam lelaki melindungi perempuan. Fitrahnya alam lelaki membimbing perempuan.

Tetapi mengapa padaku sering terlihat dimata, lelaki hanya mempermainkan perempuan.Lelaki merosak perempuan. Lelaki membuat perempuan hilang kawalan. Aku menulis di sini melepas amarahku . Mencari di mana kehebatan seorang lelaki yang dikata pelindung perempuan. Aku masih mengharapkan tuhan perlihatkan lelaki dalam erti kata yang sebenar. Di mana seorang perempuan boleh bergantung harap menjalani kehidupan.

Kata-kata daripada seorang pensyarahku yang masih diingatan....

"Apa yang patut dilakukan sekiranya orang yang membuatkan kita riang ketawa dan bahagia itulah yang membuatkan kita menangis dan derita?"