Kata hati

|

Ya Rabbi....maaf kepada teman2 yang pernah aku berjanji. Aku tak dapat meneruskan lagi. Aku berhenti setakat di sini cerpen yang baru ku ulang tulis. Hati aku tak tenteram untuk menulisnya kembali. Maaf as....kalau kau nak tahu mungkin kau perlu membaca salinannya yang ada pada aku. Tidak di sini. Maaf sofian...pada kau pun xdapat aku tunaikan. Niat dihati ada, tapi gayanya tak kesampaian. Disini....sekadarnya tempat aku bermohon pada sahabat dan cintaku yang satu. Meluah menzahirkan apa yang ada di dalam hati untuk ketenteraman jiwa. Tidak cukup sekadar menadah tangan,sujud di tikar sejadah. Di sini aku turut meluah. Melepaskan segala rasa jiwa. Aku perlu melakukannya agar segala perit tidak terpendam lama. Aku perlu melepaskannya. Dan inilah salah satu cara yang aku laku.

Sembang kenal

|

Di asrama Luak Rembau,malam :
"Assalamualaikum.." tiba-tiba ada suara manis memberikan salam.
"Waalaikumsalam, masuklah. Ada apa ye?" tanya Kak Ros apabila ada junior yang datang ke bilik Illa.
"Nak minta tanda tangan Ketua Aras, ada tak?" tanya seorang junior, datang berdua bersama roomatenya mungkin.
"Ketua aras? Ntah, ada ke Illa?" tanya Kak Ros pada Illa, ketua aras tiga yang sebetulnya.Juior yang baru masuk tidak tahu bahawa di depan mereka itulah ketua aras tiga dan Kak Ros selaku penolongnya. Ayu yang mendengar dan melihat situasi tersebut hanya mampu tersenyum simpul melihat junior dipermain-mainkan. Hahaha.
"Ada tak kak?" tanya junior tu lagi. Temannya kelihatan tidak banyak cakap. Dan akhirnya Kak Ros mengalah, memberikan tanda tangan. Cuma Illa le, ntah kenapa hanya menyibukkan diri. Sibuk betul gayanya. Keluar masuk. Sementara menunggu kelapangan Illa kami bersembang. Seorang bernama Rohana dan seorang lagi Rauzita. Atau lebih mesra dipanggil Achik.

Kembar

|

"Ingat, jangan bagi diaorang tanya kita. Biar kita yang tanya soalan bertalu-talu. Biar sampai diaorang menyampah tengok kita.,"jelas abang Zul memberi tips dan peringatan kepada semua fasilitator bertugas.
"Eh... Era, boleh ke aku ni? kau kan tahu aku ni tak banyak mulut, so..kau fikir boleh ke aku buat ni...?" tanya Ayu kepada Era. Melepaskan rasa gemuruhnya.
"Ala, kau cubalah dulu, boleh punya. Lagipun diaorang tu sebenarnya tengah gabra. Jadi, masa nilah kau nak membuli pun. Apalah kau ni dengan budak baru pun nak gemuruh."

Sesi bermula.
"Okay, sebelum kita mulakan diskusi pada malam ini,saya nak kamu perkenalkan diri kamu terlebih dahulu." Izan memulakan bicara apabila tiada sesiapa yang mahu memulakan sesi.
"Okey, nak mulakan dari mana?" tanya Izan lagi.
"Kita mula dari hujung sana. Siapa nama kamu dan berasal dari mana?"
"Nama saya Mohd Khairul Azrul bin Mohamad, berasal dari Jasin,Melaka."
"Umur?" Era mencelah.
"19 tahun," ringkas.
"Baiklah terima kasih Azrul."
"Sama-sama."
"Baiklah...kita teruskan, sebelah Azrul."
"Nama saya Fajar Hussien. Ber.."
"Apa? Faizal Husien?" sampuk Izan dengan tiba-tiba.
"Fajar Husien"
"Oh..Fajar. Saya dengar Faizal.Maafkan saya".
Pelatih itu hanya mengangguk dan tersenyum sahaja mendengar kata Izan tadi. Begitulah seterusnya sehingga semua peserta tamat menyatakan identiti mereka secara ringkas. Malam berdiskusi berjalan dengan ceria sekali selama dua malam. Malam terakhir, semua fasilitator dan peserta saling bermaafan.

"Uh..assalamualaikum,Kak Ros. Penatnya......" rengek Ayu sebaik saja melangkah ke dalam bilik asrama.
"Nak tidurlah kejap!".
"Ayu, sembahyang dulu, lepas tu baru tidur," pesan Kak Ros. Ayu hanya menurut. Hari malam pun dah semakin larut. Usai bersembahyang. Ayu terus lena diulit mimpi. Sedar-sedar dah subuh.

Hari terus berlalu dengan pantas. Sudah hampir dua minggu pelatih baru masuk. Antara pelatih sama ada yang senior mahupun junior hubungan makin terjalin mesra. Kak Suzy dan Kak Siti jiran baru Ayu dan Kak Ros. Mereka opsyen SN/KH.
"Eh, Ayu....dengar tak ada budak kembar kat maktab kita ni. Junior".
"Betul ke? ntah aku tak dengar pun."
"Engkau tu memang....ala ada sorang tu ahli kumpulan kita masa malam berdiskusi tu."jelas Era lagi.
"Yang mana ye?" masih kesamaran.
"Ala yang duduk sebelah Kak Sue tu. Apa ke nama dia...eeemmmm...hah...Khairul Azrul. Kalau tak silap aku."
"Ohhh...budak Melaka tu?"
"Hah....betullah tu. Ingat pun kau !"
Memang la Ayu ingat. Hahahha.

Selang beberapa hari.
"Era...mana budak kembar tu ? Aku tak pernah bertembung pun?"
"Ala sabo la.....mana ek..?"Era masih melilau mencari kelibat Azrul.
"Ha...tu. Nampak tu?" tunjuk Era dengan hanya memuncungkan muncungnya. Hehehehe
"Mana?" Ayu masih kekaburan.
"Tu...tu ha depan tu." Ayu terus meluaskan pandangan.
" Ooooo nampak...aku nampak...tapi sorang je? kembarnya mana? Dengki aku asyik kau je yang nampak. Aku takde nampak. "ngomel Ayu. Geram dengan Era. Setiap kali nampak budak kembar tu, dia akan bercerita. Hebat sangatkah?
Era...senyum saja. Mengangkat keningnya. Bangga.

Semasa dalam perjalanan ke kelas, tiba-tiba....
"Hah Ayu, tengok tu, cepatlah. Tengok tu...sana tu hah. Cepatlah dua-dua ada tu, sorang kat sana baju biru, sorang lagi kat sana baju biru muda. Nampak tak?"
"Jangan kata aku tak bagitau pulak...".
"Aku nampak." ringkas.
Ayu terus menatap pasangan kembar yang berada di hadapannya tidak jauh dari tempat dia dan Era berdiri. Puas. Jadi, pabila peluang dah depan mata, apa lagi....TATAPLAH!

Semester 3 diskusi

|

10 tahun lalu,

"Sesiapa yang berminat untuk menjadi fasilitator pada malam diskusi bersama DPM baru dikehendaki memberi nama kepada Biro Penempatan Luar, Saudara Zulhisyam dan bolehlah mendapatkan sinopsis novel daripadanya". Begitulah kedengaran pengumuman yang diperdengarkan semasa pehimpunan pagi oleh Asmadzy.
"Eh, seronoklah Ayu, jom kita join nak?" tanya Era.
"Emmmm...boleh juga.Nanti tak pasal-pasal glamour kita. Silap hari bulan junior ingat muka kita ni sampai bila-bila, lepas tu kalau jumpa dengan kita tentu tak putus-putus diaorang bagi salam."
"Amboi, tingginya angan-angan!" balas Era disambut gelak tawa dari keduanya.

Bersama roomate,
"Ha...Kak Ros, Ayu nak mandi tau",beritahu Ayu kepada roomatenya.Sedang asyik Ayu membersihkan dirinya, terlintas difikirannya bagaimana hendak mengendalikan sesi pada malam tu nanti. Maklumlah Ayu bukannya pandai berbicara, apatah lagi dengan orang yang baru dikenalinya. Tiba-tiba Ayu terdengar sayup-sayup intercom bersuara. Bergegas keluar untuk mendengar pengumuman.
"Alamak, terlepas pulak!" keluh hati kecilnya sendirian.
"Kak Ros....dengar tak pengumuman tadi tu ?" tanya Ayu.
"Sorry la Kak Ros pun tak dengar la...ni sibuk ngan phone." Kak Ros memberi alasan dengan tersengih-sengih.
"Eemmmm,tentu pengumuman tentang malam diskusi tu." rungutnya antara dengar dan tidak.

Ting ! Tong ! Ting ! Tong !

"Ha...pengumuman ulangan !"
"Kepada mereka yang telah mendaftarkan nama sebagai fasilitator untuk malam diskusi, sila dapatkan sinopsis yang telah disediakan di kafetaria dengan segera. Arahan, Saudara Zulhisyam. Ulang suara, kepada mereka yang...."
"Oh.... ingatkan pasal apa," ngomel lagi.
"Ha, Ayu..cepatlah siap....cepat pergi cepat balik!" pesan Kak Ros.
"Emmm, tak janjilah kak, sebab orang nak singgah bilik Era."
Kak Ros tak menjawab sekadar mengangguk tanda faham. Biasalah Ayu kalau dah keluar bilik memang tak sah kalau tak menyinggah bilik dak Era. Paling tidak sejam dua dia akan lepak di situ. Macam tak ada bilik sendiri.

Di bilik Era,
"Assalamualaikum.....Era!" Ayu menjengukkan mukanya ke dalam bilik Era di sebalik pintu. Tersengih-sengih menampakkan giginya.
"Ha...Ayu! Kau nak pergi mana ni? Nah! Aku dah ambilkan sinopsis ni untuk kau. Kenapa tak datang tadi? apasal lambat ?" bertalu-talu pertanyaan.
"Sorry la tadi aku mandi, tak dengar. Tanya Kak Ros, tak dengar juga. Pengumuman yang kedua tu baru aku dengar....barulah aku datang ni. Sorry yea dear..." jelas Ayu yang masih tersengih-sengih.
"Ah, kau tu memang macam tu la..." balas Era senyum.