Aku dikelirukan oleh hati sendiri ?

|

Aku tidak pasti. Tetapi kemungkinan itu ada. Ingin mengeluh. Rasanya di Sandiwara Hati inilah platform yang terbaik. Bukan di Tinta Semalam. Walaupun aku sudah tidak pasti masih adakah yang mengunjungi dan mengikuti aku di platform TS. Ntah.

Sama-sama melangkah jejak di SKTP. Sama-sama membina hubungan. Sama-sama membina kejayaan demi kejayaan dengan ranjau duri dan suka duka. Mungkin ada benarnya hati aku dikelirukan oleh hatiku sendiri. Mewujudkan pergolakkan rasa yang membunuh cinta.

Sejak aku mendirikan rumah tangga. Aku berdua di suatu sudut. Namun di suatu sudut yang satu lagi seolah-olah aku sudah tidak ada sesiapa lagi di sisi aku. Aku dibiarkan keseorangan. Itu hati aku rasa. Permainan syaitan terkutuk. Mungkin juga. Sebagai permulaan merobohkan kebahagiaan.Tetaplah wahai Iman.

Aku dibiarkan sepi. Tanpa sebarang ajakan. Tanpa sebarang konspirasi. Tanpa sebarang informasi. Kalau dulu aku sebahagian daripada mereka. Kini aku bukan lagi sesiapa. Aku sudah tiada fungsinya dalam kumpulan mereka. Itu hati aku rasa. Permainan nafsu gila. Mungkin sahaja. Sebagai permulaan meranapkan keakraban. Tetaplah wahai Iman.

Namun hati perempuanku tetap merasai kejauhan itu. Masih merasai penyingkiranku dalam dunia mereka. Itu hati aku rasa. Sabar dan Tabahlah wahai Iman. ;-(

0 teguran hati: