Akukah yang salah?

|

Aku x tahu apa yang harus aku lakukan lagi. Aku buntu. Jiwa aku cukup terseksa. Kenapa aku di perlakukan sebegini rupa? Berapa kali lagi perlu aku hadapi kekecewaan. Kekecewaan demi kekecewaan ku hadapi dalam percintaan. Aku rindu untuk dirindui tapi.....rindu untuk aku hanya ketika mereka tiada tempat lagi untuk merindui. Aku tak tahu mengapa dia boleh tergamak melakukan perasaan aku begini....?

Aku tahu dia pernah dilukai. Apakah kini aku dijadikan tempat untuk dia membalas rasa sakit hatinya itu? Mengapa aku? Mengapa aku yang harus menderita kerana menyayangi dia? Maaf ...hanya di sini aku dapat melampiaskan segala yang terbungkam dalam hati. Paling tidak untuk sedikit kelapangan dalam hati. Keredaan bagi amarahku.

Perempuan itu, wajahnya tenang namun jiwanya gelora. Dalam simpatinya terselit kebencian. Maafkan aku jika tersalah tafsiran. Hati seorang perempuan ,pastinya hanya difahami perempuan. Dia menyakitiku dalam ehsannya. Dia mendera jiwaku dalam keikhlasannya. Aku bertambah pedih. Kenapa aku yang diperlaku begini?

Akukah yang bersalah kerana menyintai? Akukah yang berdosa kerana menyayangi? Bukan aku yang datang kepada dia. Dia menghampiriku.Memberikan harapan dan akhirnya dia jugalah yang menghancurkan. Malah tergamak untuk meninggalkan luka sebagai tanda ingatan yang begitu memedihkan. Kata-kataku tajam namun hatiku sentiasa inginkan yang terbaik untuk dia. Tahukah dia tentang itu?

Kerana sayang aku marah. Kerana kasih aku berkata-kata. Tapi padanya seperti angin yang berlalu sepi di kedinginan malam. Muncul mentari padanya membawa pergi segala duka. Ah....lelaki. Bencikah aku pada lelaki sedangkan aku sedar fitrahnya alam lelaki dan perempuan saling memerlukan. Fitrahnya alam lelaki melindungi perempuan. Fitrahnya alam lelaki membimbing perempuan.

Tetapi mengapa padaku sering terlihat dimata, lelaki hanya mempermainkan perempuan.Lelaki merosak perempuan. Lelaki membuat perempuan hilang kawalan. Aku menulis di sini melepas amarahku . Mencari di mana kehebatan seorang lelaki yang dikata pelindung perempuan. Aku masih mengharapkan tuhan perlihatkan lelaki dalam erti kata yang sebenar. Di mana seorang perempuan boleh bergantung harap menjalani kehidupan.

Kata-kata daripada seorang pensyarahku yang masih diingatan....

"Apa yang patut dilakukan sekiranya orang yang membuatkan kita riang ketawa dan bahagia itulah yang membuatkan kita menangis dan derita?"

0 teguran hati: