Beremosi lagi

|

Lama sungguh aku tidak mencatat sesuatu di sini. Dan seperti biasanya saat hatiku tersentuh, aku berada di sini. Meninggalkan...meluahkan rasa sesak dada. Melapangkan himpitan rasa. Di sinilah tempatnya. Selepas menerima panggilan itu, aku nekad....selepas ini sesiapapun yang hadir dalam hidup aku, berpandukan kesungguhannya dan jika aku ada menyimpan perasaan padanya walaupun sedikit, aku akan terima dia seadanya! Aku ingin menerima dan memberi peluang pula kepada orang yang ingin menyayangi aku.  Dan aku akan cuba belajar untuk menyayanginya sepenuh hati ini. Aku tidak akan menunggu lagi putera impian. Kerana yang akan hadir menyatakan rasanya kepada aku itulah putera hati ku. Dan hanya kepada-Nya aku mohon ketetapan hati ini, membuka hati ini untuk menerima insan yang di anugerahkan untukku.

3 teguran hati:

bidadari berkata...

salam..

jangan bersedih dn beremosi...hilangkan kesedihan anda ..jom singgah myblog pasti..anda tertawa..:))jemput yer

Tanpa Nama berkata...

Aku x thu bagaimana hendak melupakan
kekesih lama ku yg sdah pun berkawin
ya allah sudah 10...ttp aku msih jg meniggati nya...entah setiap kali ada cinta yg dtg,pati x penah kekal..aku dh letih sangat,terasa pilu sangat unntuk ku tempuhi nya..haiii...melihat kwan kwan ku bersama pasangan mereka aku terasa cemburu sangat...kenapa aweks mereka trlalu sayang kn mereka...knapa aku x dpt perasaan itu....tiada seorang pon yg tahu,kekecewaan ku...ya tuhan enkau berikan lah cahaya kepada ku...enkau berikan lah seorang kekasih yg setia kepada ku..supaya aku dapat melupakan kekasih lama ku...........hmmm.

~Insan Biasa~ berkata...

tanpa nama :~
Usah diragu...saya pasti kamu akan bertemu kekasihmu...jodohmu...apabila tiba waktunya kamu pasti akan dapat menerima kehadirannya dan mula melupakan kekasih lamamu. Allah mengambil sesuatu dari kamu kerana Dia ingin memberikan kamu sesuatu yang lain. Pastinya yang baik utkmu. Teruskan berdoa....secara detail! Jangan berputus harap pada Allah. Percayalah. Saya sudah merasai apa yang kamu rasai . Saya sudah lalui apa yang kamu lalui. Alhamdulillah kini Allah memberikan pengganti yang jauh lebih menyayangi saya dari yang lama. Apa yang penting teruskan meminta pada Allah....