Semester 3 diskusi

|

10 tahun lalu,

"Sesiapa yang berminat untuk menjadi fasilitator pada malam diskusi bersama DPM baru dikehendaki memberi nama kepada Biro Penempatan Luar, Saudara Zulhisyam dan bolehlah mendapatkan sinopsis novel daripadanya". Begitulah kedengaran pengumuman yang diperdengarkan semasa pehimpunan pagi oleh Asmadzy.
"Eh, seronoklah Ayu, jom kita join nak?" tanya Era.
"Emmmm...boleh juga.Nanti tak pasal-pasal glamour kita. Silap hari bulan junior ingat muka kita ni sampai bila-bila, lepas tu kalau jumpa dengan kita tentu tak putus-putus diaorang bagi salam."
"Amboi, tingginya angan-angan!" balas Era disambut gelak tawa dari keduanya.

Bersama roomate,
"Ha...Kak Ros, Ayu nak mandi tau",beritahu Ayu kepada roomatenya.Sedang asyik Ayu membersihkan dirinya, terlintas difikirannya bagaimana hendak mengendalikan sesi pada malam tu nanti. Maklumlah Ayu bukannya pandai berbicara, apatah lagi dengan orang yang baru dikenalinya. Tiba-tiba Ayu terdengar sayup-sayup intercom bersuara. Bergegas keluar untuk mendengar pengumuman.
"Alamak, terlepas pulak!" keluh hati kecilnya sendirian.
"Kak Ros....dengar tak pengumuman tadi tu ?" tanya Ayu.
"Sorry la Kak Ros pun tak dengar la...ni sibuk ngan phone." Kak Ros memberi alasan dengan tersengih-sengih.
"Eemmmm,tentu pengumuman tentang malam diskusi tu." rungutnya antara dengar dan tidak.

Ting ! Tong ! Ting ! Tong !

"Ha...pengumuman ulangan !"
"Kepada mereka yang telah mendaftarkan nama sebagai fasilitator untuk malam diskusi, sila dapatkan sinopsis yang telah disediakan di kafetaria dengan segera. Arahan, Saudara Zulhisyam. Ulang suara, kepada mereka yang...."
"Oh.... ingatkan pasal apa," ngomel lagi.
"Ha, Ayu..cepatlah siap....cepat pergi cepat balik!" pesan Kak Ros.
"Emmm, tak janjilah kak, sebab orang nak singgah bilik Era."
Kak Ros tak menjawab sekadar mengangguk tanda faham. Biasalah Ayu kalau dah keluar bilik memang tak sah kalau tak menyinggah bilik dak Era. Paling tidak sejam dua dia akan lepak di situ. Macam tak ada bilik sendiri.

Di bilik Era,
"Assalamualaikum.....Era!" Ayu menjengukkan mukanya ke dalam bilik Era di sebalik pintu. Tersengih-sengih menampakkan giginya.
"Ha...Ayu! Kau nak pergi mana ni? Nah! Aku dah ambilkan sinopsis ni untuk kau. Kenapa tak datang tadi? apasal lambat ?" bertalu-talu pertanyaan.
"Sorry la tadi aku mandi, tak dengar. Tanya Kak Ros, tak dengar juga. Pengumuman yang kedua tu baru aku dengar....barulah aku datang ni. Sorry yea dear..." jelas Ayu yang masih tersengih-sengih.
"Ah, kau tu memang macam tu la..." balas Era senyum.

0 teguran hati: