Kembar

|

"Ingat, jangan bagi diaorang tanya kita. Biar kita yang tanya soalan bertalu-talu. Biar sampai diaorang menyampah tengok kita.,"jelas abang Zul memberi tips dan peringatan kepada semua fasilitator bertugas.
"Eh... Era, boleh ke aku ni? kau kan tahu aku ni tak banyak mulut, so..kau fikir boleh ke aku buat ni...?" tanya Ayu kepada Era. Melepaskan rasa gemuruhnya.
"Ala, kau cubalah dulu, boleh punya. Lagipun diaorang tu sebenarnya tengah gabra. Jadi, masa nilah kau nak membuli pun. Apalah kau ni dengan budak baru pun nak gemuruh."

Sesi bermula.
"Okay, sebelum kita mulakan diskusi pada malam ini,saya nak kamu perkenalkan diri kamu terlebih dahulu." Izan memulakan bicara apabila tiada sesiapa yang mahu memulakan sesi.
"Okey, nak mulakan dari mana?" tanya Izan lagi.
"Kita mula dari hujung sana. Siapa nama kamu dan berasal dari mana?"
"Nama saya Mohd Khairul Azrul bin Mohamad, berasal dari Jasin,Melaka."
"Umur?" Era mencelah.
"19 tahun," ringkas.
"Baiklah terima kasih Azrul."
"Sama-sama."
"Baiklah...kita teruskan, sebelah Azrul."
"Nama saya Fajar Hussien. Ber.."
"Apa? Faizal Husien?" sampuk Izan dengan tiba-tiba.
"Fajar Husien"
"Oh..Fajar. Saya dengar Faizal.Maafkan saya".
Pelatih itu hanya mengangguk dan tersenyum sahaja mendengar kata Izan tadi. Begitulah seterusnya sehingga semua peserta tamat menyatakan identiti mereka secara ringkas. Malam berdiskusi berjalan dengan ceria sekali selama dua malam. Malam terakhir, semua fasilitator dan peserta saling bermaafan.

"Uh..assalamualaikum,Kak Ros. Penatnya......" rengek Ayu sebaik saja melangkah ke dalam bilik asrama.
"Nak tidurlah kejap!".
"Ayu, sembahyang dulu, lepas tu baru tidur," pesan Kak Ros. Ayu hanya menurut. Hari malam pun dah semakin larut. Usai bersembahyang. Ayu terus lena diulit mimpi. Sedar-sedar dah subuh.

Hari terus berlalu dengan pantas. Sudah hampir dua minggu pelatih baru masuk. Antara pelatih sama ada yang senior mahupun junior hubungan makin terjalin mesra. Kak Suzy dan Kak Siti jiran baru Ayu dan Kak Ros. Mereka opsyen SN/KH.
"Eh, Ayu....dengar tak ada budak kembar kat maktab kita ni. Junior".
"Betul ke? ntah aku tak dengar pun."
"Engkau tu memang....ala ada sorang tu ahli kumpulan kita masa malam berdiskusi tu."jelas Era lagi.
"Yang mana ye?" masih kesamaran.
"Ala yang duduk sebelah Kak Sue tu. Apa ke nama dia...eeemmmm...hah...Khairul Azrul. Kalau tak silap aku."
"Ohhh...budak Melaka tu?"
"Hah....betullah tu. Ingat pun kau !"
Memang la Ayu ingat. Hahahha.

Selang beberapa hari.
"Era...mana budak kembar tu ? Aku tak pernah bertembung pun?"
"Ala sabo la.....mana ek..?"Era masih melilau mencari kelibat Azrul.
"Ha...tu. Nampak tu?" tunjuk Era dengan hanya memuncungkan muncungnya. Hehehehe
"Mana?" Ayu masih kekaburan.
"Tu...tu ha depan tu." Ayu terus meluaskan pandangan.
" Ooooo nampak...aku nampak...tapi sorang je? kembarnya mana? Dengki aku asyik kau je yang nampak. Aku takde nampak. "ngomel Ayu. Geram dengan Era. Setiap kali nampak budak kembar tu, dia akan bercerita. Hebat sangatkah?
Era...senyum saja. Mengangkat keningnya. Bangga.

Semasa dalam perjalanan ke kelas, tiba-tiba....
"Hah Ayu, tengok tu, cepatlah. Tengok tu...sana tu hah. Cepatlah dua-dua ada tu, sorang kat sana baju biru, sorang lagi kat sana baju biru muda. Nampak tak?"
"Jangan kata aku tak bagitau pulak...".
"Aku nampak." ringkas.
Ayu terus menatap pasangan kembar yang berada di hadapannya tidak jauh dari tempat dia dan Era berdiri. Puas. Jadi, pabila peluang dah depan mata, apa lagi....TATAPLAH!

0 teguran hati: